Time Lo...Ni..

Thursday, November 6, 2008

Obama



America Syarikat menerima presiden mereka yang baru bernama barack obama..Presiden kulit hitam pertama yang memecah tradisi negara uncle sam yang selama ini dikuasai oleh kaum kulit putih atau mat salleh..

mampukah obama menghadapi tekanan dari setiap sudut rakyat amerika terutama golongan kulit putih yang anti pada kulit hitam..obama sendiri telah menerima beberapa ancaman bunuh dari rakyat amerika sendiri yang tidak menyukai kulit hitam memerintah amerika..


kemenangan Obama semalam memberikan isyarat bahawa warna kulit tidak menjadi halangan untuk menjadi seorang pemimpin tertinggi dlm sebuah negara yang didominasi oleh golongan kulit putih setelah sekian lama..


Hari ini di malaysia parti yang terdiri dari kaum selain melayu juga telah berkira2 dan berhajat besar untuk menjadi pemimpin tertinggi di Malaysia..


Jika Obama mampu jadi presiden Amerika mengapa di malaysia tidak boleh kaum lain menjadi perdana menteri? adakah melayu akan kekal sebagai perdana menteri selama-lamanya? tepuk dada tanya selera..


namun satu perkara yang kita perlu lihat disini ialah berkaitan agama..Obama diterima di amerika adalah kerana beliau beragama kristian walaupun berkulit hitam..cuba jika Obama beragama islam..adakah obama akan menang dalam pilihanraya tersebut? pasti mustahil terjadi demikian..


Begitu juga dimalaysia ini..Cuba jika india muslim ataupun mualaf yang menjadi calon perdana menteri pasti ada peluang untuk menang macam barack obama..


Agama menjadi asas kukuh yang dinilai seseorang selain dari keturunan itu sendiri..jika negara islam maka pemimpin islam yang akan menjadi pemimpin..jika negara itu dikuasai oleh kristian maka org kristian lah yang akan jadi pemimpinnya..begitulah di india, china, mesir mahupun mana2 negara..


Jadi jika ada kaum lain yang bercita2 untuk menjadi perdana menteri malaysia lupakan lah hajat anda..kecuali melalui dua cara untuk anda menjadi perdana menteri malaysia pertama jadi mualaf atau india muslim terlebih dahulu dan yang kedua sekiranya berlaku penjajahan terhadap negara malaysia..



ini cuma pandangan aku saja..tak lebih dari itu...


sama2 kita pikir nasib kita di malaysia ini..


mcm bagus jer aku cakap..hahahaha..

1 comment:

mclarenfc said...

Bravo jue..

Teruskey perjuangey demo..