Time Lo...Ni..

Tuesday, November 18, 2008

Danial






Semalam aku susah nak lelapkan mata..lepas main games fifa05 aku cuba baring kat tilam, bini aku dan anak aku sudah lena diulit mimpi..aku tgk jam dah pukul 2.25 minit pagi..ishk dah lewat ni..tp mata aku masih tak mahu tertutup..

Aku pandang muka anak ku Danial..tidur nyenyak bangat..barangkali keletihan bermain dengan mak sedaranya ptg tadi..dah besar anak ku..sekejap saja rasanya masa berlalu..umurnya pun dah masuk 1 tahun sebulan 18 hari..bermakna aku dah jadi papa selama masa itu..

Dia pun dah pandai panggil papa padaku..kekadang panggilan papa itu membuat aku rasa ahh sudah tua diriku ini..dah jadi papa aku rupanya..dah matang usiaku..

Aku harap aku akan mampu memberikan yang terbaik buat danial..biar dia jadi orang berjaya dan menghormati org lain..

Aku masih ingat ketika hari pertama danial dilahirkan ke dunia..aku rasa betapa besar kekuasaan Allah, betapa besar anugerahNYA pada ku..Aku jadi papa pada tanggal 30 september 2007..

Danial dilahirkan di hospital jerteh..hari ahad.,2.16 ptg..30 sept 2007..berat dia .2.91kg pada masa tu.. best jugak tak terkata masa first time jadi papa..kena azan kan baby..sebak dan tak semena- mena plak air mata kuar mas azan kan danial.. besar sungguh anugerah tuhan berikan padaku.. masa aku ambik dia dari Nurse..dia asyik menangis jer ..

pahtu aku angkat danial dan azan kan pada telinga kanan dia..tetiba jer dia senyap dan pandang aku nga "eye" dia yang kecil..time tu aku tak bleh tahan..azan pun dah tersekat sekat dah..malu pulak kat Nurse....aku sekali lagi terasa betapa besarnya kuasa tuhan.

Time tu aku terfikir mungkin beginilah masa aku dilahirkan 30 tahun dahulu..dulu ayahku Azan kan ke telingaku.sekarang aku pula yang azan ke telinga anakku..terima kasih ayahku kerana telah memberikan aku pendidikan dan tunjuk ajar dalam merentasi kehidupan ini dari aku kecil hingga aku telah dewasa begini rupa..jasamu mana mungkin aku mampu membalasnya..

Buat Danial papa Sayang kamu..buat mama terima kasih kerana melahirkan danial Darwish untuk papa..kita akan sama2 saksikan anugerah tuhan ini membesar dan menghadapi liku2 kehidupan yang kita sendiri tidak terduga..semoga danial tabah mengharungi kehidupan mendatang..

P/s: sekarang danial dah pandai berjalan .. mula berjalan ketika genap usianya satu tahun iaitu 30 september 2008 yg lalu..sehari sebelum raya aidilfitri dan ketika hari lahirnya yang pertama..

2 comments:

mclarenfc said...

hu hu hu.. sebok kawe baco coretan demo Jue.. Kawe doakan semoga kawe pun dikurniakan zuriat untuk kami berdua.. Amin..

Chaiyokk Jue!!

Anonymous said...

danial mmg comell..!;p