Time Lo...Ni..

Saturday, November 29, 2008

Musim Boh..(Banjir)



Gambar disebelah sekadar Hiasan..

Dari Semalam hingga ke hari ini nampaknya hujan turun mencurah2 di Daerah besut ini..angin pula sesekali bertiup dingin dengan awan yang sentiasa mendung dan redup..burung2 putih berkaki panjang seakan akan burung bangau mula memenuhi kawasan sawah padi..sebenarnya cuaca begini telah berlarutan hampir dua minggu lepas lagi..tapi nampaknya dalam sehari dua ini, keadaannya nampak lebih kepada memberikan petanda bahawa musim tengkujuh, banjir atau boh sudah tiba..

Penduduk kampung yang mana rumahnya berada dalam kawasan rendah dan seringkali dinaiki air ketika banjir seharusnya sudah mula bersedia, agar persiapan menghadapi banjir berjalan lancar..tadi semasa aku ke tempat kerja..jalan2 raya yang rendah sudah mula dinaiki air..sawah padi pula sudah mula dilimpahi air..jika hujan masih berterusan hingga ke esok pagi..aku pasti banjir akan melanda daerah besut..tapi itu semua kerja tuhan..aku hanya meramal dari pengamatan aku dan pengalaman lepas sahaja..

Jika banjir berlaku esok..suasana pasti menjadi seperti pesta di besut ini..meriah sungguh..kanak2 dan budak2 remaja akan keluar bermain air dijalanraya..pakcik makcik akan sibuk memunggah barang..anak2 dara yang tak pernah nampak batang hidung juga akan tiba2 muncul waktu ini..ntah dari mana datangnya..berpayung mengharungi air di jalanraya..

Bagi yang gemarkan ikan Darat atau ikan sungai pasti inlah masanya..di tepi2 jalanraya akan ada pemukat tegar yang akan menjual hasil dari tangkapan mereka..

Fuhh.. sejuk bangat musim2 begini..tapi harus hati2 bagi mereka yang bermain air dan ibubapa juga harus mengawasi anak2 mereka agar tidak bermain air banjir..

Pesta2 jugak..keselamatan jangan diabaikan..

p/s: jika hujan masih berterusan petang ni.. risau jugak ni..nanti aku tak dapat pulang..

No comments: