Time Lo...Ni..

Sunday, November 23, 2008

Talian Panas bersama Pok Leh


Isteri aku baru nak ambik lesen memandu kereta..so semalam isteri aku ada ambik no telefon pok leh dari member dia..Pok Leh ni cikgu Sekolah memandu kat Kg Raja..member Bini aku kata Pok leh ni Ok..lembut Orangnya..



So Pagi tadi aku cuba Call Pok Leh ni...bukan apa sekadar nak tanya berapa Kos untuk ambik lesen kereta sekarang ni..dan kalu boleh aku nak kenal lah si pok leh cikgu sekolah memandu ni..


Hello..Assalamulaikum..Waalaikumusalam..jawab pok Leh perlahan..Ni Pok Leh ke? tanya ku" ya lah..Pok Leh ni..jawabnya..


Aku bertanya Lagi..Pok Leh ada Kat mana Sekarang ni? Ada kat rumah..balasnya malas..


Ni ada hal apa ni? Nak Apa? tanyanya kasar. semacam jer.. 'macam ni pok leh..orang rumah saya, nak ambik lesen memandu kereta'..kataku" Siapa Ni? tanyanya lagi..Oooo ni saya juhari (bukan nama sebenar)


juhari! Juhari mana? tanyanya keras..juhari duk kg raja jer..aku mula jawab malas..kasar orang tua ni kataku dalam hati"


Habis tu nak tanya apa? soalnya" Ni... kalau boleh saya nak tahulah berapa harga untuk ambik lesen kereta? tanya ku..



"Pergilah tanya kat pejabat sekolah memandu sana tu..tanya kerani kat depan..nanti dia bagi tahulah"..balasnya dengan kasar..


oklah pok leh..berehh..bereh!! kata ku"..terus aku putuskan talian telefon tanpa memberi salam lagi..buat hilang mood aku jer..


Aduss kasarnya pertuturan dan lontaran intonasi suara orang tua ni..buat habis kredit aku jer..kata ku dalam hati..nak tanya pun marah..itu baru cikgu sekolah memandu kereta belum lagi jadi cikgu sekolah memandu kapal terbang ataupun kereta kebal..takde budi bahasa..macamana orang muda nak hormat orang tua.. "yang tua di hormati yang muda disayangi.." nyesal aku call pok leh..buat panas hati jer..


Dah lah..kita ambik lesen nga orang lain jer..kata ku pada isteri..pok leh ni kasar..belum belajar memandu lagi dah kasar..lagipun bukan dia sorang cikgu memandu kat sekolah tu..ramai lagi orang lain..isteriku hanya senyum dan setuju..oklah bang..dia tersenyum




BUdi Bahasa, Budaya kita..tak gitu..orang memberi kita merasa, orang kurang ajar kita sabar jer lerr..






3 comments:

mclarenfc said...

Pok Leh.. Pok Leh.. sepak jah punggung dio kalu jupo.. ha ha ha..

Mohd Juhari jaffar @ Joema said...

ampunkan lah pokleh...

Anonymous said...

kalu ore mudo kure hajar, reti pulok ore tuo nok maroh.. baso "somdoh" keh..keh..keh