Time Lo...Ni..

Saturday, November 29, 2008

Musim Boh..(Banjir)



Gambar disebelah sekadar Hiasan..

Dari Semalam hingga ke hari ini nampaknya hujan turun mencurah2 di Daerah besut ini..angin pula sesekali bertiup dingin dengan awan yang sentiasa mendung dan redup..burung2 putih berkaki panjang seakan akan burung bangau mula memenuhi kawasan sawah padi..sebenarnya cuaca begini telah berlarutan hampir dua minggu lepas lagi..tapi nampaknya dalam sehari dua ini, keadaannya nampak lebih kepada memberikan petanda bahawa musim tengkujuh, banjir atau boh sudah tiba..

Penduduk kampung yang mana rumahnya berada dalam kawasan rendah dan seringkali dinaiki air ketika banjir seharusnya sudah mula bersedia, agar persiapan menghadapi banjir berjalan lancar..tadi semasa aku ke tempat kerja..jalan2 raya yang rendah sudah mula dinaiki air..sawah padi pula sudah mula dilimpahi air..jika hujan masih berterusan hingga ke esok pagi..aku pasti banjir akan melanda daerah besut..tapi itu semua kerja tuhan..aku hanya meramal dari pengamatan aku dan pengalaman lepas sahaja..

Jika banjir berlaku esok..suasana pasti menjadi seperti pesta di besut ini..meriah sungguh..kanak2 dan budak2 remaja akan keluar bermain air dijalanraya..pakcik makcik akan sibuk memunggah barang..anak2 dara yang tak pernah nampak batang hidung juga akan tiba2 muncul waktu ini..ntah dari mana datangnya..berpayung mengharungi air di jalanraya..

Bagi yang gemarkan ikan Darat atau ikan sungai pasti inlah masanya..di tepi2 jalanraya akan ada pemukat tegar yang akan menjual hasil dari tangkapan mereka..

Fuhh.. sejuk bangat musim2 begini..tapi harus hati2 bagi mereka yang bermain air dan ibubapa juga harus mengawasi anak2 mereka agar tidak bermain air banjir..

Pesta2 jugak..keselamatan jangan diabaikan..

p/s: jika hujan masih berterusan petang ni.. risau jugak ni..nanti aku tak dapat pulang..

Thursday, November 27, 2008

Pesan Roh kepada manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.

Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata: "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas..


Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlahkamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Wednesday, November 26, 2008

Tanda2 kematian

A
  • Tanda-Tanda Kematian 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji denganmusibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitudiantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalahkita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan iniakan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika inijuga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakithidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kitamelihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagianhujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yangterlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutandi sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kitatidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik kebahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadahdan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemputkita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarangakan mematikan pula.
Penutup
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kitaadalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberikesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapatmembuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari AllahSWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh matiseseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doadari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuanAllah SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberihidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatantubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan AllahSWT samada di dunia mahupun akhirat.Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dansilap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.WALLAHUA`LAM Moga-moga setiap kita dan keluarga diampuni Allah dan diberkati hidup danmati hingga dapat mempersiap sediakan bekalan untuk hari kemudian kita.Bacalah kandungan ini agar dapat menjadi ingatan kita semua. Insyallahmulalah bertaubat, yang masih malas sembahyang ubah sikap umur kita semakinhari semakin meningkat. Rezeki dicari biarlah betul-betul halal. Biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan berharap saudara saya semua begitu juga. Cubalah kita ingat mengingat sesama kita selagi mampu.

Monday, November 24, 2008

aku dan Sebuah Perjalanan :Episod 3 ( Akhir)

Keesokkan nya aku sampai ke kampung..borak nga ayah aku..dah puas kerja kilang? tanya ayahku..aku diam membisu..serba salah aku rasa..susah nak jawab soalan tu..beberapa minggu duk lepak kat rumah.. aku dah boring..rasa macam penggangur terhormat..malam2 aku keluar lepak..kul 2..3 pagi baru balik rumah..ayah kau dah mula bising..kepala otak aku dah serabut..aku balik kampung rumah nenek aku kat setiu..masa tu to'ki aku ada lagi..dia ajak aku kerjakan sawah..fuhh..jadi petani pulak aku..tanam padi tu..lintah aku main tangkap pakai tangan jer..kulit aku yang sawo matang gelap jadi semakin gelap terbakar dek panas matahari terik..


Baru aku tahu..susahnya seorang petani ni..tapi pengalaman tu aku hanya dapat rasa 2 minggu jer..tak lama pun..tapi cukup berharga bagiku..satu pagi ayahku datang menjemputku..dia datang naik motor nak ajak aku balik sambung belajar..ambik STPM..ayahku mengalirkan air mata takkala melihat aku membajak sawah..dia tak sanggup lihat aku berpanasan dibawah panas terik matahari 32darjah celcius setiap hari..dia tak mahu aku hidup susah..nenek aku sedih bila ayahku ajak aku balik..tapi dia tak boleh halang..nenek bagi upah RM100.00 kat aku..katanya" ini bukan gaji' kalu gaji dok cukup ni..tapi ambiklah untuk belanja sekolah..terima kasih kataku..boleh aku buat beli rokok..heheheee..


Aku daftar masuk tingkatan 6 Rendah di sebuah sekolah.nama sekolah tu PUSAT PENDIDIKAN YAYASAN ISLAM BESUT TERENGGANU..sekolah kira mcm sekolah swasta lah..aku mula belajar balik..kenal dengan budak baru..umur aku dah masuk 20an time tu..kira pelajar tua jugaklah dalam kelas tu..tapi itu tak menghalang persahabatan terjalin..2 tahun aku belajar kat sekolah ni..akhirnya aku dapat keputusan ala-ala ok jer..kira macam..lulus2 ayam jer..bukan tidur2 ayam..aku tak puas hati..aku ambik lagi sekali STPM tahun berikutnya..tp aku ambik sebagai calon persendirian sahaja..study sendiri jer.aku dah malas nak gi sekolah..


akhirnya aku lulus jugak nga pangkat 3p 1R..KIRA OKLAH TU..bagi aku yang kurang rajin ni..aku isi borang UPU..akhirnya aku dapat panggillan untuk pengajian peringkat ijazah pergurusan perniagaan UUM..Selama 3 tahun..tapi aku belajar sampai 5 tahun..sebab aku ni bukan pandai..selalu kena repeat paper..lebih2 lagi kertas mate tambah..atau paper yang berkaitan pengiraan..aku lemah betul paper pengiraan ni.bebal tahap lintah bulan..akhirnya aku berjaya..genggam segulung ijazah..walaupun kelas kedua bawah..

aku akhirnya berjaya jugak macam orang lain..walaupun agak susah untuk aku mendaki hingga ke puncak itu..Air mataku mengalir ketika aku melangkah ke pentas dewan menerima ijazah..aku berjaya akhirnya walaupun agak lewat dari teman2 ku..aku bersyukur pada tuhan..terima kasih tak terhingga pada ayah dan ibu..tak lupa pada teman2 dan jugek zizi gam..semoga rohnya dicucuri rahmat Allah..semoga dosa2nya diampunkan.. amin..


Sekarang aku dah kawin dan di kurniakan seorang anak..hidup aku dirasakan baru bermula..segala-galanya membuat aku lebih bersyukur pada tuhan..aku akhirnya berjaya sampai ke tahap ini..walaupun belum cukup cemerlang..tapi aku bahagia bersama keluarga..jika aku degil dan tidak mengikut kata ayah dan ibu dulu..mungkin kini aku terus terumbang ambing entah kemana..


kepada yang membaca coretan ini..terima kasih..aku sekadar meluahkan..
jadikan lah pengajaran apa yang berguna..buangkanlah apa yang tak guna tu..tak reti2..

Sunday, November 23, 2008

Talian Panas bersama Pok Leh


Isteri aku baru nak ambik lesen memandu kereta..so semalam isteri aku ada ambik no telefon pok leh dari member dia..Pok Leh ni cikgu Sekolah memandu kat Kg Raja..member Bini aku kata Pok leh ni Ok..lembut Orangnya..



So Pagi tadi aku cuba Call Pok Leh ni...bukan apa sekadar nak tanya berapa Kos untuk ambik lesen kereta sekarang ni..dan kalu boleh aku nak kenal lah si pok leh cikgu sekolah memandu ni..


Hello..Assalamulaikum..Waalaikumusalam..jawab pok Leh perlahan..Ni Pok Leh ke? tanya ku" ya lah..Pok Leh ni..jawabnya..


Aku bertanya Lagi..Pok Leh ada Kat mana Sekarang ni? Ada kat rumah..balasnya malas..


Ni ada hal apa ni? Nak Apa? tanyanya kasar. semacam jer.. 'macam ni pok leh..orang rumah saya, nak ambik lesen memandu kereta'..kataku" Siapa Ni? tanyanya lagi..Oooo ni saya juhari (bukan nama sebenar)


juhari! Juhari mana? tanyanya keras..juhari duk kg raja jer..aku mula jawab malas..kasar orang tua ni kataku dalam hati"


Habis tu nak tanya apa? soalnya" Ni... kalau boleh saya nak tahulah berapa harga untuk ambik lesen kereta? tanya ku..



"Pergilah tanya kat pejabat sekolah memandu sana tu..tanya kerani kat depan..nanti dia bagi tahulah"..balasnya dengan kasar..


oklah pok leh..berehh..bereh!! kata ku"..terus aku putuskan talian telefon tanpa memberi salam lagi..buat hilang mood aku jer..


Aduss kasarnya pertuturan dan lontaran intonasi suara orang tua ni..buat habis kredit aku jer..kata ku dalam hati..nak tanya pun marah..itu baru cikgu sekolah memandu kereta belum lagi jadi cikgu sekolah memandu kapal terbang ataupun kereta kebal..takde budi bahasa..macamana orang muda nak hormat orang tua.. "yang tua di hormati yang muda disayangi.." nyesal aku call pok leh..buat panas hati jer..


Dah lah..kita ambik lesen nga orang lain jer..kata ku pada isteri..pok leh ni kasar..belum belajar memandu lagi dah kasar..lagipun bukan dia sorang cikgu memandu kat sekolah tu..ramai lagi orang lain..isteriku hanya senyum dan setuju..oklah bang..dia tersenyum




BUdi Bahasa, Budaya kita..tak gitu..orang memberi kita merasa, orang kurang ajar kita sabar jer lerr..






Thursday, November 20, 2008

Aku dan Sebuah Perjalanan :Episod 2

Sampai di Nilai bermulalah hidup aku sebagai Mat kilang..kat sana penuh dengan pekerja bangladesh dan juga indonesia..kerja kilang ni ada 3 shif..pagi, petang dan malam..bila kerja baru kau tahu..penat sekali mencari rezeki..tambah lagi ditempat orang..tapi aku dapat kenal ramai orang kat kilang..dapatlah juga hiburkan hati.. kalu kerja shif pagi..awal2 pagi lagi aku dah bangun..jam 5.00pg aku bangun mandi dan siapkan diri..jam 5.30 bas kilang sedia menunggu dengan driver bas india misal tebal rambut kerinting.."Naik2..naik..masuk dalam lagi.."dalam Lagi woi" katanya..bas dah penuh macam tin sardin cap Ayam..bau" jgn cakaplah mcm2 ada..macam tulah hari2 aku pergi dan pulang ke tempat kerja..berhimpit2..kalu dapat beli motor tak payah lah berebut naik bas..tp aku baru kerja, terpaksalah bersabar..




Hari minggu lepak bilik jer..aku kenal macam2 orang kat hostel kilang.. dari kaki mabuk, kaki ekor, kaki busuk hahahaaa dan juga mat gian..aduhh macam2 orang ader..umur aku time tu baru belasan tahun.. aku sebenarnya ada juga cuba try pekena benda tu..tapi aku rasa tak best..aku tak nak..aku lebih selesa dengan rokok jer..tapi aku tetap kawan dengan dia orang semua ni..dia orang sebenarnya ok..tapi tersalah pilih jalan jer..aku layan jer kerenah dia orang ni..walaupun kekadang menyampah macam sampah..Teringat aku satu malam..tengah duk lepak kat katil..ada seorang mamat ni nama dia Zizi..orang panggil dia Zizi Gam' sebab dia kuat hisap gam dan benda khayal yang lain..memang slumber beruklah dia hisap dadah depan aku..aku buat tak tahu jer..tiba2 dia bersuara..Joe" sapanya'..memanggil nama ku..aku rasa baik kau balik kampunglah joe..katanya" aik!! apahal pulak mamat ni..kataku dalan hati..joe" dia meneruskan kata2nya..umur mung muda lagi joe..mung balik sambung belajarlah..sampai bila mung nok kerja kilang? aku senyap jer...mabuklah tu kataku dalam hati lagi..(sebenarnya zizi gam ni satu kampung nga aku..umur dia tua 4 atau 5 tahun dari aku..)mung balik lah joe..takkan mung nok jadi macam aku..aku memang nyesal tapi dok guna doh..umur aku tua doh..belajar pun dok masuk doh..tapi mung muda lagi..keliklah sambung belajar semula..Aku rasa betul jugak katanya..tapi aku pun sebenarnya malas nak belajar lagi..(tapi sekarang zizi gam dah arwah..HIV kata orang..tapi kata2nya sentiasa aku akan ingat)




7 bulan berlalu..akhirnya aku dah rasa boring tahap cipan dah kerja kilang ni..tapi aku dapat juga kumpul wang rm3000.00 dalam bank sepanjang 7 bulan kerja...satu hari masa nak balik dari kerja..Pak guard kilang tahan aku..sebab rambut aku panjang..dia suruh aku jumpa Officer..masuk bilik officer dia bagi warning suruh aku potong rambut.."kalau kamu mau kerja sini" kasi potong pendek itu rambut" katanya..kilang ni nak naik taraf ke ISO 9002" katanya..jadi semua pekerja kena kemas..katanya lagi..Pas kilang aku dirampas..esok datang ambik pas ni..tapi rambut kena pendek ok?..sambungnya..ok kataku..boleh2..Sampai hostel aku tukar baju..naik bas pergi ke bandar Seremban..aku nak beli tiket..aku nak balik kampung..dah lama tak balik..rindu kat mak dan ayah..aku nekad nak berhenti kerja..Pas kilang aku tu..ko simpan buat kenangan..hahhahaha..malam tu aku naik bas pulang ke kampung..member sebilik tak tahu aku berhenti kerja..tapi aku tinggal notis jer..sebab dia orang pergi kerja.." Woi kau jaga diri baik2..jangan hutang orang..pandai jimat money" kerja rajin"..bye2 aku balik kampung dulu..

Bersambung...

aku dan Sebuah Perjalanan :Episod 1

Teringat kenangan dulu membuatkan aku memanjatkan kesyukuran pada hari ini..


Jika dulu aku hidup tanpa pedoman kini aku berubah mengatur kehidupan langkah demi selangkah...bermulanya kisah tahun 1996- 1997..dan seterusnya..


Sebenarnya aku tidak tahu apa akan jadi pada diriku jika dulu ayahku tidak menghalangku untuk aku berhenti dari alam persekolahan diawal usia ku baru mencecah 15 tahun (ting 3), aku rasa cukup beban dan tidak dapat menerima pelajaran lagi..aku selalu ponteng sekolah..sehinggakan bila aku masuk ke kelas ada cikgu yang tak terperasankan aku dan menganggap aku budak baru..padahal sudah setengah tahun sekolah bermula, cuma aku jer yang selalu ponteng..namun jika dilihat pada buku kedatangan pelajar..kedatangan ku adalah penuh..ini kerana penolong kelas aku selalu tandakan kehadiranku walaupun aku tiada..hehehe..kekadang bila fikir balik apa yang telah aku buat..aku rasa menyesal..



Akhirnya aku dapat juga menamatkan pelajaran hingga ke tingkatan 5..dah cukuplah sampai tingkatan 5..aku dah bosan belajar dan kesekolah..dah ada sijil SPM kira OKlah..walaupun sekadar lulus sahaja..aku nak cari kerja pulak..aku dah tak minat belajar lagi..aku dah pening sampai nak termuntah ke sekolah..


Aku pergi interview kerja kilang lepas SPM..kebetulan ada syarikat dari Nilai N.sembilan datang ke jerteh buat interview untuk pekerja kilang..aku tak lepaskan peluang aku pergi interview dan dipanggil untuk bekerja kilang di Nilai N.sembilan.. Semasa aku pergi interview aku tak bagi tahu mak ayah aku..bila dapat surat dapat kerja baru aku bagi tahu..ayah aku terkejut juga time tu..dia macam tak nak bagi aku pergi..maklumlah masih mentah lagi..tapi aku rasa aku dah cukup dewasa..baju ku kemaskan..aku berangkat dengan bas yang sedia menunggu di jerteh ke esokkan nya..

bersambung......

Tuesday, November 18, 2008

Danial






Semalam aku susah nak lelapkan mata..lepas main games fifa05 aku cuba baring kat tilam, bini aku dan anak aku sudah lena diulit mimpi..aku tgk jam dah pukul 2.25 minit pagi..ishk dah lewat ni..tp mata aku masih tak mahu tertutup..

Aku pandang muka anak ku Danial..tidur nyenyak bangat..barangkali keletihan bermain dengan mak sedaranya ptg tadi..dah besar anak ku..sekejap saja rasanya masa berlalu..umurnya pun dah masuk 1 tahun sebulan 18 hari..bermakna aku dah jadi papa selama masa itu..

Dia pun dah pandai panggil papa padaku..kekadang panggilan papa itu membuat aku rasa ahh sudah tua diriku ini..dah jadi papa aku rupanya..dah matang usiaku..

Aku harap aku akan mampu memberikan yang terbaik buat danial..biar dia jadi orang berjaya dan menghormati org lain..

Aku masih ingat ketika hari pertama danial dilahirkan ke dunia..aku rasa betapa besar kekuasaan Allah, betapa besar anugerahNYA pada ku..Aku jadi papa pada tanggal 30 september 2007..

Danial dilahirkan di hospital jerteh..hari ahad.,2.16 ptg..30 sept 2007..berat dia .2.91kg pada masa tu.. best jugak tak terkata masa first time jadi papa..kena azan kan baby..sebak dan tak semena- mena plak air mata kuar mas azan kan danial.. besar sungguh anugerah tuhan berikan padaku.. masa aku ambik dia dari Nurse..dia asyik menangis jer ..

pahtu aku angkat danial dan azan kan pada telinga kanan dia..tetiba jer dia senyap dan pandang aku nga "eye" dia yang kecil..time tu aku tak bleh tahan..azan pun dah tersekat sekat dah..malu pulak kat Nurse....aku sekali lagi terasa betapa besarnya kuasa tuhan.

Time tu aku terfikir mungkin beginilah masa aku dilahirkan 30 tahun dahulu..dulu ayahku Azan kan ke telingaku.sekarang aku pula yang azan ke telinga anakku..terima kasih ayahku kerana telah memberikan aku pendidikan dan tunjuk ajar dalam merentasi kehidupan ini dari aku kecil hingga aku telah dewasa begini rupa..jasamu mana mungkin aku mampu membalasnya..

Buat Danial papa Sayang kamu..buat mama terima kasih kerana melahirkan danial Darwish untuk papa..kita akan sama2 saksikan anugerah tuhan ini membesar dan menghadapi liku2 kehidupan yang kita sendiri tidak terduga..semoga danial tabah mengharungi kehidupan mendatang..

P/s: sekarang danial dah pandai berjalan .. mula berjalan ketika genap usianya satu tahun iaitu 30 september 2008 yg lalu..sehari sebelum raya aidilfitri dan ketika hari lahirnya yang pertama..

Monday, November 17, 2008

Lawak Pak iman N kg boy

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dg niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.

Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke?

Takpa, nnt kami bukt ika n yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" Maka apbl hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula.

Terselah kejahilan Ali.Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.Budin pun angkat le takb ira tul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takb ira tul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" lalu batallah solat Budin.

Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali.

Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..." Tok imam pun terkedu & terpana...

Tuesday, November 11, 2008

Gud luck

selamat menghadapi peperiksaan SPM dan STPM kepada semua calon2 dimalaysia..semoga anda beroleh kejayaan diatas usaha anda selama ini..tak lupa juga buat adik dan adik iparku yang menduduki peperiksaan SPM hari ini hingga tamat nya awal disember nanti..moga beroleh kejayaan cemerlang dlm SPM..penentuan hala tuju anda bermula hari ini..semoga berjaya.

Monday, November 10, 2008

Hentam spontan








kekuatan datang dari diri sendiri


tanpa kekuatan takkan ada keberanian


keberanian itu satu anugerah


anugerah itu bukan semua orang mendapatnya



kadang2 kita terlupa


kita juga manusia biasa


manusia yang hanya menumpang


menumpang dibumi gersang ini





Aku sendiri kekadang ketawa.


kekadang menangis mengenang nasib,


bukan saja nasibku


tapi juga nasib orang lain




pening bukan kerana mabuk


tapi pening kerana habuk


habuk dari setiap lubuk


lubuk manusia yg teruk..












Thursday, November 6, 2008

Obama



America Syarikat menerima presiden mereka yang baru bernama barack obama..Presiden kulit hitam pertama yang memecah tradisi negara uncle sam yang selama ini dikuasai oleh kaum kulit putih atau mat salleh..

mampukah obama menghadapi tekanan dari setiap sudut rakyat amerika terutama golongan kulit putih yang anti pada kulit hitam..obama sendiri telah menerima beberapa ancaman bunuh dari rakyat amerika sendiri yang tidak menyukai kulit hitam memerintah amerika..


kemenangan Obama semalam memberikan isyarat bahawa warna kulit tidak menjadi halangan untuk menjadi seorang pemimpin tertinggi dlm sebuah negara yang didominasi oleh golongan kulit putih setelah sekian lama..


Hari ini di malaysia parti yang terdiri dari kaum selain melayu juga telah berkira2 dan berhajat besar untuk menjadi pemimpin tertinggi di Malaysia..


Jika Obama mampu jadi presiden Amerika mengapa di malaysia tidak boleh kaum lain menjadi perdana menteri? adakah melayu akan kekal sebagai perdana menteri selama-lamanya? tepuk dada tanya selera..


namun satu perkara yang kita perlu lihat disini ialah berkaitan agama..Obama diterima di amerika adalah kerana beliau beragama kristian walaupun berkulit hitam..cuba jika Obama beragama islam..adakah obama akan menang dalam pilihanraya tersebut? pasti mustahil terjadi demikian..


Begitu juga dimalaysia ini..Cuba jika india muslim ataupun mualaf yang menjadi calon perdana menteri pasti ada peluang untuk menang macam barack obama..


Agama menjadi asas kukuh yang dinilai seseorang selain dari keturunan itu sendiri..jika negara islam maka pemimpin islam yang akan menjadi pemimpin..jika negara itu dikuasai oleh kristian maka org kristian lah yang akan jadi pemimpinnya..begitulah di india, china, mesir mahupun mana2 negara..


Jadi jika ada kaum lain yang bercita2 untuk menjadi perdana menteri malaysia lupakan lah hajat anda..kecuali melalui dua cara untuk anda menjadi perdana menteri malaysia pertama jadi mualaf atau india muslim terlebih dahulu dan yang kedua sekiranya berlaku penjajahan terhadap negara malaysia..



ini cuma pandangan aku saja..tak lebih dari itu...


sama2 kita pikir nasib kita di malaysia ini..


mcm bagus jer aku cakap..hahahaha..

Wednesday, November 5, 2008

pagi raya 1 okt 2008



Dari kiri: daaaaha, mije, zeli, pico, mazlan, alim, kawe hehehe..mat die,elly dan gijoe..tu motor kawe KAJ 2427 motor paling laju di benua african..


NI.. BUJA..perantau paling lama di dunia fana ini..tapi akan pulang ke kampung dlm sedikit masa saja lagi untuk bersama2 memajukan kg gong Badang dan besut khasnya..Calon ketua Pemuda umno Besut 2012 ni..aarr main2 demo..
Picture kat atas tu diambil pada pagi raya 1 Oktober 2008 yang lalu..lepas solat sunat aidilfitri..kita lepak kat tepi masjid dan merakam kan kenangan paling agung didunia..memang mcm ni lah tiap2 tahun..lepas solat raya kita akan berkumpul tanpa permit kat tepi masjid alor lintang ni..kalu hari jumaat pun ada jugak lepas solat jumaat..tp kehadiran ahli tidak lah ramai..ada dua tiga kerat jer..dlm gambar ni buja takde..sebab dia raya kat penang nga bini dia..tak balik raya kat kampung..insyallah tahun 2009 akan bertambah ahli baru dan lama kat tepi masjid ni..
Sesekali dapat berkumpul ramai2 mcm ni memang best jugak..al maklum lama tak jumpa..masing2 sibuk nga kerja masing2..sorang jadi pilot, sorang jadi model, sorang jadi arkitek, dan mcm2 lagi..cuma aku jer yang jadi menteri kabinet dapur..
Semoga panjang umur dan panjang macam2 kepada semua sahabat2ku..tahundepan kita kumpul lagi..amin..

Tuesday, November 4, 2008

29 TAHUN SUDAH...



SELAMAT HARI JADI BUAT HAZLI@ZEZLY..HARI NI 4HB NOV 2008 GENAP SUDAH 29 TAHUN UMUR ZEZLY..GAMBAR NI MASA DIA MASIH BUJANG LAGI, SKANG DAH HAMPIR SETAHUN BERKAHWIN DENGAN ISTERINYA YANG BERNAMA FARAH..

DULU TIAP2 PETANG MASA BUJANG AKU SELALU LEPAK NGA ZELI..KAMI SAMA2 LARA MASA TU..TAKDE KERJA..TP REZEKI KAMI BERDUA AGAK MURAH JUGAK..HARI2 KAMI MINUM KAT KEDAI MAN FAIRA TOM YAM GUM..KAT TEPI JLN KG ALOR LINTANG..WALAUPUN KAMI TAKDE DUIT SATU SEN DALAM POKET..KAMI TETAP LEPAK DAN ORDER AIR KAT KEDAI..SEBAB KAMI TAHU..BILA MEMBER2 LAIN DATANG DIA ORG LEPAK SKALI DAN BAYAR..HEHEHE..KALAU TKD MEMBER YANG DATANG KAMI AKAN SMS AJAK MINUM AIR..MAKE TEA NIH..APA NI PERUMAHAN..HAHAHAAHA..

TAK SAMPAI SEPULUH MINIT KELUARLAH MEMBER2 KAMI..

LEPAK SAMPAI ORG AZAN MAGHRIB..BELAH MALAM KAMI KELUAR LAGI..DUK RUMAH BORING GAK..LEPAS ISYAK KAMI LEPAK KAT KEDAI MAN LAGI..MCM TU LAH KAMI BERTAHUN2 JUGAK RASANYA..
SEKARANG ZEZLY KAT BANGKOK KERJA KAT SANA…MASING2 DAH ADA KEHIDUPAN SENDIRI..JARANG2 DAPAT JUMPA..MASING2 BUSY NGA HAL MASING2..APAPUN SEMOGA PANJANG UMOR MURAH REZEKI..DAN CEPAT2 DAPAT ANAK..USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN..

SELAMAT HARI JADI BUAT ZEZLY..

Monday, November 3, 2008

Bapu

Dari kiri sepu, usop, mubarak,aku, elmy dan hafiz...



semalam tengah aku sedap2 duk tengok TV..aku terima satu panggilan tel yang nombornya takde dlm simpanan ku..aku tertanya sendiri..no sape pulak ni? terus ku angkat fon..hello..hello..yaa hello..boleh ckp ngang joe? ya.ya kawe ckp ni..kataku..hello joe! aku ni sepu..sepu..haaahaa.. guano boss? kataku"..lama sungguh member aku si sepu budak marang ni tak tel aku..dulu aku sama2 duk rumah sewa nga dia kat melaka..masa study..


Aku ada kat KB ni..duk kat PCB (pantai cinta berahi) kata sepu"..hahaahaa apa cerita? aku dtg sini bwk budak2 kat sek sultan ismail ni..ada pertandingan katanya..


OOoo..gitu..kataku" esok aku nak gi besut" aku ader kerje sikit..nok tukor tayor van ni..molek2 kata ku" esok kito jumpa..lama benar doh jumpo nga demo..ok bereh..


kring2...kring..pagi tadi tel aku bedering..joe aku ader kat pasir putih ni..mung ada mana? tny sepu..aku ada dumoh lagi ni..jap lagi kau nok gi jerteh..nak gi bank byr ansuran kerta nga internet..jwbku..


ok kito jumpa jeteh lah..lebih kurang kul 10.30 aku jumpa nga sepu..kami pergi tukar tayar van kat MS tayar..sambil2 tu..kita ada tel si elmy budak pahang yang kerja nga syarikat security guard kat k.lumpur nu..elmy ni pun member lama masa study dulu gak..org panggil dia elmy skima..hahahahaa.....hello mie..aku tel dio..hello joe" jwbnya..ko tgh kerja ke ni? yap katanya..oOo kau kerja masuk duit kat bank lagi ke? ya lah joe..aku kerja ni lagi..

ko tak takut KENA TEMBAK ke? hahaha sial ko joe! balas elmy sambil ketawa..hahahaa


lepas tu kita org pergi pekena nasi ayam serial semilang kat kedai di jawek..boleh tahan jugak lah..byk kita org borak..rindu masa time study dulu..duk satu rumah sewa sampai 10 org..meriah..betul time tu..kalaulah dapat berkumpul semula geng2 study memang best jugak ni..selesai makan sepu mintak diri kena balik ke PCB untuk tgk budak2 sek dia kat sana..


sehingga jumpa lagi...kito jupo smula kata ku..kami bersalaman..