Time Lo...Ni..

Wednesday, September 24, 2008

Tinggal seminggu lagi nak raya,
Aku masih belum beli baju raya,
Hati- hatilah kalau nak balik raya,
nanti kita jumpa di hari raya ya..

Sunday, September 14, 2008

Lailatul Qadar"

Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,” kata Abah separuh memerintah.
Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.


Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.


Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

“Kenapa?” tanya Abah..
tuu...
“Lailatuqadar,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
“Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?”
Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.


“Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh,” sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.


dari: skycrewz network"

Saturday, September 13, 2008

Bawa mati?


Orang selalu cakap duit tak boleh bawa mati pun..jadi tak guna lah ada duit banyak2 pun kalu tak boleh bawak mati..bila mati yang tinggal cuma amalan kita di dunia untuk dijadikan bekalan ketika menghadap illahi..


Duit tak boleh bawa mati tetapi rokok boleh bawak mati? sebab tu lah agaknya kita ada dengar tentang kubur berasap..mungkin ada orang mati yang hisap rokok, tapi sebenarnya rokok bukanlah boleh bawa mati macam amalan kita tu..tapi disebabkan bahaya akibat menghisap rokok akan menyebabkan kita menghidapi penyakit kanser yang akhirnya membawa maut..


hahaha jangan marah..sebab aku pun perokok tegar jugak ni..risau jugak ni. tiap2 tahun azam nak berhenti merokok tapi..tak berhenti jugak berasap..

Wednesday, September 10, 2008

jam loceng..


kriiiiiiiiiinnnnnnnnnnggggggggggg.... bunyi jam loceng memecahkan hening pagi di subuh hari..tapi sekarang agak sukar kita nak mendengar bunyi jam loceng..betul lah kata orang..zaman dah berubah..dunia dah maju..
Dulu kalau time bulan puasa macam ni, memang boleh dikatakan tiap2 rumah akan berbunyi jam pada waktu sahur.. siapa yang takde jam loceng akan akan ke kedai untuk beli jam loceng ni..takut tak terjaga masa untuk masak dan makan sahur..
kat rumah aku dulu..kalau jam rosak ayah akan pergi beli baru..kat pasar jumaat kuala besut..memang susah lah kalu takde jam loceng ni..kat asrama dulu pun aku ada bawa jam loceng ni..takut tak sedar awal pagi konon..last2 aku jugak yang paling lewat bangun tidur..hahaha..jam bunyi aku tutup..jam tutup aku bunyi..kekadang sampai tak pergi sekolah..
tapi sekarang cuba kita dengar kat mana ada bunyi jam loceng lagi..rata dah pakai henset untuk kejutkan mereka dari tidur..makcik2 pun dah beli henset untuk buat kejut tido..senang sikit mereka kata..nak telefon boleh,nak kejutkan tidor pun boleh..nak main game pun boleh..hahaha..semua ada bawah bantal..
mungkin anak cucu kita nanti dah tak pakai jam loceng ni..malah mungkin tak kenal jam loceng lagi..krinnngggg...kringgg...kringg....itu bunyi telefon daaa...

Saturday, September 6, 2008







bagaimana rasanya ya?

Aku rasa sedih tiap kali mengenangkan sahabat2 ku yang tidak lagi mempunyai ibu atau ayah didunia ini..Sungguh sukar untuk melalui saat2 ini sehinggalah ia menjadi kalis walaupun dihati tetap terasa rindu pada orang yang telah pergi..terutama bila tiba bulan ramadhan dan tak lama lagi raya menjelma...bagaimana rasanya menyambut hari yang gembira tanpa orang yang tersayang?



Bagaimana rasanya bila tiba waktu sahur tanpa ada lagi masakan dari ibu? bagaimana rasanya apabila azan maghrib tiba waktu berbuka tiada kuih atau minuman yang biasanya disediakan ibu? Aku tak dapat berikan jawapan ini..kerana aku masih lagi mempunyai ayah dan ibu..syukurlah pada tuhan kerana ayah dan ibu ku masih ada didunia ini..walaupun telah dimamah usia..aku bersyukur padamu tuhan..kerana masih memberi ruang untuk aku bersama ayah dan ibu di hari dan bulan yang mulia ini..ya Allah panjangkan usia ayah dan ibu ku..ampunilah dosa kedua2 nya..kepada sahabat2 ku tabahkan hatimu..semoga roh ibu dan ayahmu yang telah pergi dicucuri rahmat dariNYA..Amin...kepada sahabat2 ku yang masih mempunyai ayah dan ibu..jagalah kedua ibubapamu sementara masih diberi kesempatan untuk bermanja..berbuka puasalah bersama ayah dan ibu sementara kesempatan masih ada..bersahurlah sementara masih mereka masih ada..taatilah mereka..ingatlah jasa2 mereka kepadamu..rasalah masakan mereka, lawatilah mereka selalu..berikan kasih sayang kepadanya...


Ibu bapa kita adalah orang yang patut kita muliakan setelah Rasulullah saw. dalam Al-Quran Allah menyebut dalam Surah Al-Isra’ ayat 23 yang bermaksud:
23
]Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).



Dalam ayat lain Allah menyebut, “Dan kamu hendaklah menyembah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa” (Surah an-Nisa, ayat 36)



Tuesday, September 2, 2008

PASAR RAMADHAN DI KG RAJA


sEMALAM hARi ISNIN, UMAT ISLAM mula PUASA..sebelah ptgnya penuhlah pasar ramadhan kat kg raja..mcm2 jenis lauk,kuih muih, air dan mcm dijual..pendek kata pasar ramadhan kat kg raja memang meriah habis la..tiap2 tahun aku tak miss opergi pasar ramadhan..kalau tak beli kuih pun..aku saja jln2..kekadang time ni lah jumpa member2 lama kat kat pasar ramadhan..yang dah berpuluh tahun tak jumpa..kat sinilah tempat yang ada harapan boleh teserempak..P/s: awek2 lama pun kadang2 buleh timbul kat pasar ramadhan ni..hahaha..dulu kalau pergi pasar ramadhan ni ..aku pergi dengan zezli..dlm kul 6.15pm aku ngan zeli pergi pasar ramdhan..kekadang nga motor ex-5 lama aku tu..kekadang naik proton DP..hahaha..kekadang naik honda stream..janji sampai..dapat ushar awek2 kat pasar ramadhan disamping jumpa kawan2 lama..time skang ni dah berbeza dah..zaman dah berudah, dunia dah maju..semalam aku pergi nga bini aku..naik motor ex-5 aku..anak aku pun ikut skali..kalu naik kereta susah nak parking..motor main cilok jer..senang..pasar ramadhan semalam penuh jugak..sayang ko zezli tak dapat pergi pasar ramadhan tahun ni..hahaha..harap2 pasar ramadhan kat bangkok pun best jugak dan ada jual kuih cara ..entahlah ..ko saja yg tau best ke tak..apapun selamat berpuasa..