Time Lo...Ni..

Saturday, October 18, 2008

Nasib Si ketam

Semalam hari jumaat lepas solat asar ..aku keluarkan arahan kepada isteri aku supaya sediakan bekalan dan keperluan untuk kami keluar berkelah bersama-sama anak ku danial darwish..jam lebih kurang kul 5.45 ptg..
Aku tiba di pantai Bukit keluang lebih kurang jam 6.00ptg, ramai jgk org yang berkelah bersama-sama keluarga,pelajar2 maktab perguruan ku lihat mengayuh basikal berpasangan menyusuri jalan2 pantai.. best pulak rasa..

Aku cari parking yang agak sesuai untuk berhenti....terus dan terus NAH!! ada satu parking bawah pokok rhu..agak jauh sikit dari org ramai..sini ok ni, kata ku..aku pun turun dari kereta sambil mendukung danial..danial nampak teruja, tangan nya menunjukkan kearah laut..tersengeh lebar..giginya yang sudah hampir penuh nampak jelas..hehehe..

tikar ku hampar diatas pasir yg putih bersih..makanan ku jamah..keropok keping yg isteriku goreng dan dicicah dengan kuah colek..tambah sedap rasanya bila makan di tepi pantai ni..

tengah aku elok2 duk layan danial main pasir...ada dua orang budak lelaki dlm lingkungan umur 10 tahun agak2 aku lah..dia dilihat tengah mencari ketam..hah sini ada lubang ni..biar aku gali..kata salah seorang dari budak tu..mereka menggali dengan penuh semangat sekali...hahaha ada-ada ni..kata budak yang mengali lubang tadi..hahahaha mereka ketawa, aku dan isteri hanya melihat gelagat mereka..seronok sungguh mereka menangkap ketam..

adoiii...adoiiii..adoii...huuhuhhuuu...budak tadi menangis...sambil menjerit kesakitan..aku terus melihat pada budak tu..kawannya hanya memerhati..kenapa? tanya si kawan..aduiii..sakit..huhuhuuuu..budak yang sorang lagi terus menjerit...adui.. adoi..sakit..wawaaa..

budak tu keluarkan tangannya dari lubang..hah..ada sekor ketam tengah kepit tangannya..aduiii..aku masih memerhati kan budak tu..nak tolong ke tak ni? kata ku dalam hati..

baru aku nak bangun pergi tolong budak tu.. dia dah naik angin kat ketam tu..dia menyumpah2, katanya ketam celaka, jahat..bodoh..marah betul budak tu..aik!!..apa sudah jadi ni kataku,

dia angkat tangannya yang satu lagi..ditumbuknya ketam sebesar tapak tangannya itu dengan tangan kanannya...dush...dush..berkali2..ambik kau celaka..dush..dush ...habis..hancur leburlah leburlah ketam tu..

sambil memegang tangan nya dia berlari kepantai membasuh tangan..mungkin berdarah sikit..

aku dan isteri berpandangan..senyum kambing..aduss tak betul budak ni..dia yang cari ketam tu..sampai dalam lubang pun dia korek..last2 ketam tu kepit tangan dia, dia pulak yang marah..macam ketam tu pulak yang korek lubang dia..

padam muka budak tu..kesian pulak kat ketam tu..lumat ditumbuknya..kalu ketam tu masak BBQ mesti best..adus..nasib kau ler ketam...

1 comment:

mclarenfc said...

ho ho ho.. sedap kawe baco ceghito demo.. Suko soghe jah kawe nih..

Rindu ko pata Bukit Keluey..

Tunggu kawe kelik deh..